SEJARAH

Sekolah Agama Sagil Estet mula dibuka pada 10.04.1960 bertempat di bangunan Sekolah Kebangsaan Sagil Estet di kawasan perumahan Ladang Sagil Estet. Sekolah ini didirikan di bangunan separuh kekalSekolah ini diasaskan oleh ibu bapa dikalangan pekerja Ladang Sagil Estet, yang diwakili oleh En. Abu Samah bin Hj. Ibrahim. Jumlah murid ketika itu berjumlah 49 orang, Guru pertama bertugas ialah Ustaz Nasiri Bin Taib sebagai guru menunggal.
     Pada tahun 1965, Sekolah Kebangsaan Sagil Estet telah dipindahkan ke bangunan yang ada hingga kini, iaitu dibina di kawasan Ladang Sagil berhampiran jalan raya Muar Segamat, Sekolah Agama turut berpindah ke bangunan yang sama.
     Dua bilik darjah sahaja yang dibenarkan oleh sekolah kebangsaan pada tahun 1974 untuk kegunaan sekolah agama,  dua bilik darjah tersebut dipecahkan menjadi tiga bilik darjah. Manakala pada tahun 1987, sekolah agama hanya dibenarkan menggunakan sebuah sahaja bilik darjah dan menumpang kantin sekolah untuk dijadikan bilik darjahdengan alasan lima daripada enam bilik darjah digunakan sepenuhnya bagi kokurikulum KBSR.
      Dengan budi bicara Guru Besar Sekolah Agama dan ehsan Guru Besar Sekolah Kebangsaan, Sekolah Agama telah diberi kebenaran untuk mengguna satu lagi bilik darjah yang berasingan di bangunan lain.
       Pada tahun 1990, mesyuarat Agung PIBG dan Badan Kebajikan sekolah telah bersetuju untuk menukar nama sekolah daripada Sekolah Kebangsaan Sagil Estet kepada Sekolah Kebangsaan Puteri Ledang dan Sekolah Agama Puteri Ledang.

No comments:

Post a Comment